UKIR SENYUMAN DI WAJAH ANAK BERTUAH.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 February, 2023
Saban tahun antara fasa yang mencabar buat ibu dan ayah ialah di awal tahun baru Kemasukan anak-anak ke sekolah.
Selepas setahun menggunakan barang keperluan sekolah seperti beg sekolah, kasut, stokin dan baju setiap hari, pastinya ia akan menjadi lusuh bahkan sehingga koyak. Jika seorang anak sahaja sudah mencecah ratusan ringgit, bayangkan jika keluarga tersebut mempunyai 3 atau lebih anak yang masih bersekolah.
Muslim Care Malaysia (MCM) mengambil tanggung jawab ini untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dengan menaja 3,500 beg sekolah serta kelengkapan alat tulis untuk kegunaan anak-anak bertuah ini.
Sebanyak RM175, 000 diperlukan untuk memastikan kesemua anak-anak yang layak mendapat tajaan ini.
Besarlah hati kami mahu mengajak Tuan/Puan semua bersama-sama kami menaja anak-anak ini melalui pautan ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Rujukan : Bag2School
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
وَفِيْٓ اَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّاۤىِٕلِ وَالْمَحْرُوْمِ
Maksudnya : Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.
(Surah Al-Dzariyat :19)
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan akan menerbitkan senyuman yang berpanjangan di hati anak-anak bertuah ini serta dibalas dengan sebaik-baik balasan buat Tuan /Puan sekalian.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
Dikemaskini pada : 23/2/2023
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia