'U-HEROES' BERGANDING BAHU SIAPKAN KIT BANTUAN BANJIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2025

Dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi musim monsun timur laut, Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah melaksanakan Program Persediaan Bantuan Banjir pada 8 dan 9 November 2025 bertempat di Pejabat MCM, Batu Caves, Selangor.

Program selama dua hari itu disertai oleh hampir 50 orang sukarelawan 'U-Heroes' MCM dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Usaha ini bertujuan menyediakan kit bantuan awal bagi memudahkan gerak kerja agihan apabila bencana banjir melanda kelak.

Sebanyak 1,300 set kit bantuan berjaya disiapkan hasil kerjasama erat para sukarelawan, meliputi:

- 500 set Kit Ready-To-Eat (aneka biskut, minuman 3-in-1 dan sardin dalam tin)

- 500 set Kit Ibadah (kain telekung solat, kain pelikat dan sejadah)

- 300 set Kit Kebersihan (tuala mandi, berus gigi dan sabun)

Menurut Zuriati Yaakob, Exco MCM, program ini merupakan inisiatif tahunan MCM bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera ke kawasan terjejas tanpa menunggu lama.

“Musim banjir datang dengan pelbagai cabaran, terutama kepada keluarga berpendapatan rendah. Dengan adanya kit bantuan yang siap lebih awal, MCM dapat bertindak pantas sebaik laporan bencana diterima,” ujar beliau.

Selain mengurus penyediaan bantuan fizikal, program ini turut menjadi platform latihan kepada para sukarelawan muda untuk memahami proses pengurusan bantuan kemanusiaan, sekaligus memupuk nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam diri mereka.

MCM turut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua sukarelawan dan rakan universiti yang turut sama menjayakan program ini.Dengan semangat “Bantuan Kemanusiaan Tanpa Sempadan,” MCM kekal komited untuk terus menjadi antara NGO terawal turun ke lapangan membantu mangsa bencana di seluruh negara.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya ,Tepat Pada Sasaran


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia