TURKIYE MENANGIS, RAMAI KANAK-KANAK TERKORBAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 February, 2023
 
KUALA LUMPUR - "Kebanyakan mangsa menyangka dunia sudah kiamat. Begitulah ketakutan dialami rata-rata mangsa susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter melanda Turkiye dan utara Syria awal pagi tadi," ujar wakil yang juga Pengerusi pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye, Mohammad Khatib.
Menurutnya, bencana alam yang berlaku jam 4.17 pagi waktu tempatan itu meragut sekurang-kurangnya 284 mangsa setakat ini serta mengakibatkan beribu mangsa lain cedera.
"Lebih menyedihkan apabila ramai kanak-kanak terkorban akibat ditimpa runtuhan kediaman masing-masing. Mereka tidak sempat lari menyelamatkan diri berikutan sedang tidur ketika itu.
"Gempa bumi ini menyebabkan kerosakan teruk kepada kediaman dan bangunan membabitkan Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis," katanya.
Sementara itu Presiden MCM, Zulkifli Wahijan berkata, pihak berkongsi kesedihan dan akan segera melakukan misi kemanusiaan bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Menurutnya, suhu di lokasi bencana yang jatuh di bawah paras beku - 5 darjah celcius pastinya memburukkan lagi keadaan terutama bagi mangsa yang kehilangan kediaman.
"Setakat ini dilaporkan 1,710 bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam terbesar itu. Malah angka korban dijangka terus meningkat berikutan kejadian gempa bumi susulan 7.2 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Malatya, Turkiye.
WAKIL pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye turut serta membantu usaha mencari mangsa gempa bumi melanda negara itu awal pagi tadi. WAKIL pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye turut serta membantu usaha mencari mangsa gempa bumi melanda negara itu awal pagi tadi.
"Setakat ini wakil MCM di Turkiye sudah berada di lokasi kejadian bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal MCM menyampaikan bantuan secepat mungkin selain menyalurkan maklumat tepat lagi cepat.
"Gempa bumi kuat itu turut memberi kesan kepada negara jiran seperti Syria, Lubnan, Cyprus, Palestin serta Iraq. MCM kini sedang menyusun dan mengatur bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi berkenaan dalam kadar segera," katanya.
Difahamkan susulan gempa bumi itu, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan amaran gempa bumi tahap empat termasuk mengalu-alukan bantuan antarabangsa.
Zulkifli berkata, sukarelawan MCM diketuai Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail akan memulakan misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye pada Rabu ini sehingga 14 Februari hadapan. Menurutnya, sumbangan bantuan berbentuk kewangan untuk mangsa gempa bumi boleh disalurkan melalui capaian
TABUNG KECEMASAN GEMPA TURKI
Sumbangan turut boleh disalurkan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam 14014010147470, Bank Rakyat 1101744599 selain ke akaun Bank CIMB Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia 8604171675.
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco untuk rekod dan dokumentasi melalui Hotline: 011-5005 0035 atau kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail 016-997 8323 dan Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar 013-488 6447.
Sumber berita : Harian Metro
Dikemaskini : 23/2/2023
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia