TUN MAHATHIR: JANGAN BERHENTI PERJUANG ISU PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025

Program Ambang Merdeka yang dipimpin NGO bersama Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mengumandangkan suara lantang pada 30 Ogos 2025.

Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam ucapannya menegaskan bahawa perjuangan ini mesti diteruskan, meskipun beliau kini sudah berusia lebih satu abad. “ Walau dianya hampir padam, perjuangan ini jangan sekali-kali dihentikan! ”

Dalam program ini, ditegaskan bahawa dunia tidak akan aman selagi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal direformasikan daripada cengkaman veto Amerika. Hakikatnya, walaupun ICJ telah menghakimkan Israel bersalah atas pencabulan hak kemanusiaan di Gaza, pengganas Netanyahu masih bebas membunuh dan memusnahkan.

Bukti jelas bahawa PBB tidak punya penguatkuasaan, manakala Amerika kekal penjenayah perang utama.Tahniah diucapkan kepada Iran yang berani mematahkan sebahagian prasarana perang Israel.

alangnya, negara-negara Arab jiran yang berpopulasi lebih 150 juta masih memilih berdiam diri, sibuk dengan jubah dan minyak attar. Sekalung penghargaan kepada PGPF yang menganjurkan Program Ambang Merdeka ini yang meneruskan suara rakyat demi dunia yang lebih adil, aman dan bebas dari kerakusan perang.

Dari sungai ke segara,

Palestin pasti MERDEKA!

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia