TUKAR PUB JADI SEKOLAH ISLAM, LECEISTER

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 August, 2023

Besar ganjarannya jika mampu membawa suatu perubahan besar ke arah kebaikan. Bayangkan seteruk-teruk keadaan di sebuah pub akan bertukar menjadi sebuah Sekolah Islam.

Pertukaran yang akan memberi manfaat dan kebaikan kepada ratusan pelajar di Humberstone, Leicester.

Buat masa sekarang, hanya sebuah madrasah yang bersaiz kecil digunakan oleh 250 orang pelajar untuk belajar tentang Islam. Bayangkan setiap kali masuk waktu solat, anak-anak ini yang sedang khusyuk belajar perlu segera berhenti belajar dan mengemas ruang kelas mereka untuk dijadikan ruang untuk orang ramai bersolat.

Betapa terhadnya ruang dan kemudahan untuk orang Islam di Leceister.

Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Hidayah Hub dalam usaha mengumpul dana untuk membeli sebuah bangunan pub yang sesuai ditukar menjadi sekolah Islam yang lebih luas dan selesa untuk anak-anak ini.

Malangnya, harga jualan adalah di luar kemampuan komuniti di sana. Dengan itu, Muslim Care Malaysia berhajat mengajak orang ramai untuk sama-sama berjariah membantu anak-anak di Leceister yang sangat dahagakan ilmu Islam dalam Fasa ke-2.

Kutipan dana untuk Sekolah Islam Leceister Fasa 2 kini dibuka dengan mensasarkan sebanyak RM100, 000. Sumbangan dan jariah boleh disalurkan melalui pautan ini:


https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana...


Terbinanya sekolah Islam ini nanti, kita telah mencegah kemungkaran bila tiada lagi penjualan arak dan buat kebaikan dengan mengubah pub tersebut menjadi Sekolah Islam.

Pelajar yang sedia ada akan lebih selesa untuk belajar bahkan mampu untuk menampung dua kali ganda jumlah pelajar yang sedia ada kini.

Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang yang budiman.


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.

#muslimcaremalaysia

#bantuankemanusiaanmerentasisempadan

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia