TUKANG JAHIT DIUJI LUMPUH, HILANG PEKERJAAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 August, 2024
Walaupun tsunami Covid-19 sudah lama pergi, namun kesan darinya masih ada yang merasainya.
Seorang anak muda berusia 20 tahun terlantar sakit, lumpuh selepas suntikan yang ketiga. Sehingga kini, belum ada rawatan yang sesuai untuk menghilangkan kesan tersebut.
Dahulunya bekerja sebagai tukang jahit, kini hanya mampu terlantar sakit di katil rumah.
Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Ustaz Muaz Hasan telah menziarahi beliau pada 4 Ogos 2024 dan menyerahkan sumbangan 6 tin susu dan lampin pakai buang di rumahnya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
.. رَبَّهٗۤ اَنِّيْ مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَاَ نْتَ اَرْحَمُ الرّٰحِمِيْنَ
".. Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"."
(Surah Al-Anbiya : 83)
Bacalah doa ini, doa yag diajarkan Nabi Ayub apabila ditimba penyakit. Moga-moga hilanglah sakit yang dirasai, sembuhlah dari penyakit yang hinggap.
Amin.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk dana perubatan. Lebih ramai akan dibantu jika sumbangan terus disalurkan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-peralatan...
Semoga asbab dari jariah Tuan Puan semua akan memberi sinar dan harapan baru kepada yang sedang diuji.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.