TOLONG BERHENTI MAKAN MI MAGGI !

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 August, 2025

Berhenti makan mi segera Maggi demi keprihatinan anda kepada rakyat Palestin !

Adakah itu terlalu sukar? Tepuk dada tanya iman. Inilah masa untuk bermuhasabah dan menilai diri kita.

Saudara kita di Gaza kini kebuluran dan menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Is***l.

“Kalau nak berhenti makan Maggi pun kita tak mampu, amat lemahlah iman kita. Kerana, ada individu yang bukan Islam sanggup mati demi membela rakyat Palestin.”

Demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi dalam sidang media memboikot Maggi di pejabat PPIM di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2025.

Turut hadir sebagai tanda sokongan dalam kempen boikot itu ialah Presiden Muslim Care Malaysia ((MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan bersama beberapa pemimpin NGO lain dan Parti PERKASA.

Mengikut fakta hasil carian PPIM, Maggi salah satu produk Nestle dan Nestle memiliki saham majoriti dalam satu syarikat pengeluar makanan dari Israel yang turut beroperasi di wilayah Palestin yang diduduki.

“Produk keluaran Nestle amat popular di Malaysia seperti Maggi, Milo dan Nescafe. Kalau tak dapat boikot semua, kita boikot sebahagian dan kita mulakan dengan Maggi.

“Kita akui mi segera Maggi seakan-akan sudah sebati dengan rakyat Malaysa tapi itu bukan alasan untuk kita tidak memboikot Maggi kerana ada banyak jenama tempatan yang boleh digunakan,” kata Datuk Nadzim.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia