TITIPAN KASIH BUAT ANAK-ANAK SUNGAI TEMBELING

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 January, 2023
Pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di kampung-kampung ini ialah bot.
Kebiasaannya penduduk kampung akan keluar membeli peralatan keperluan sekolah anak-anak di bandar Jerantut, sangat jauh daripada penempatan mereka (lebih daripada 100 km).
Kami dari Muslim Care Malaysia (MCM) sangat berbesar hati untuk berkolobrasi bersama Harian Metro dan menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah oleh Harian Metro yang akan memberi manfaat kepada 200 pelajar sekolah rendah bagi sesi 2023/2024. Anak-anak bertuah ini ialah pelajar dari empat buah sekolah yang terletak di empat buah kampung sekitar Hulu Tembeling, Jerantut.
Kebanyakkan penduduk di sini menjadikan aktiviti menoreh getah dan bertani sebagai punca pendapatan mereka.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, "Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?"
Nabi Muhammad SAW menjawab, "Kamu memberi makanan kepada orang lain."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Insya-Allah, semoga lebih banyak rezeki dan kebaikan akan kita kongsikan bersama mereka di sekitar kawasan Hulu Tembeling, Jerantut.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusianmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia