TETAP KETAWA BIAR DERITA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 November, 2023
Perang dengan Israel yang sudah berlarutan lebih sebulan menyebabkan ribuan anak-anak kecil di Gaza menjadi korban kekejaman Zionis. Bukan itu sahaja malah ribuan juga anak-anak yang lain menjadi yatim piatu kerana ibu dan ayah mereka telah syahid di medan perang.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semua ini berlangsung sekalipun Protokol Opsional
Konvensi Hak-Hak Anak tentang Pelibatan Anak dalam
Konflik Bersenjata telah diberlakukan sejak 2002.
Trauma yang dicipta hari ini bukan mudah untuk dirawat. Bahkan memakan masa bertahun-tahun untuk diubati.
Muslim Care Malaysia-Palestin berusaha untuk menggembirakan anak-anak di sini dengan mengadakan majlis sambutan Hari Kanak-kanak Gaza. Pelbagai aktiviti menarik dan menggembirakan berjaya mencoret segaris senyuman di wajah mereka.
Terima kasih kepada semua rakan kerjasama Muslim Care Malaysia dan para penyumbang yang telah berjariah dan menyumbang untuk saudara kita di Palestin.
Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran bahkan berganda-ganda nilainya.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.