TERSENYUM PANJANG PENERIMA SUMBANGAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 August, 2023

"Alhamdulillah, tahan 3 atau 4 hari telur ni," gembira Makcik Sabariah sebaik disuakan sepapan telur dan sekampit beras kepadanya.

Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM dan Tuan Ahmad Safwan, Setiausaha Agung MCM telah menyerahkan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Tembak Hulu, Kuala Ketil pada 5 Ogos baru-baru ini.

Seramai 50 orang telah disenaraipendekkan sebagai penerima sumbangan.

Tidak putus-putus ucapan terima kasih dilafazkan kepada kami. Mereka sangat menghargai bantuan sepapan telur dan sekampit beras yang dihulurkan.

Jutaan terima kasih kami panjangkan kepada semua penyumbang yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Di dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abas bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak termasuk orang Mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan."

(Riwayat At-Tabrani).

Justeru antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jiran tetangga

Sesungguhnya kita sesama Islam ini bersaudara. Insya-Allah, kita sama-sama usahakan biar setiap malam tidak ada yang tidur dalam kelaparan.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia