TERKINI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 October, 2022
Merujuk kepada kemaskini di laman muka buku rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran, terdapat 5 kawasan sungai di paras bahaya, 7 di paras amaran dan 20 di paras waspada di negeri Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Melaka, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
 
Laporan ini adalah yang terbaru dikemaskini pada jam 5 petang tadi.
 
Muslim Care Malaysia Society (MCM) sehingga kini sedang menyiapkan 1000 set kit Ibadah, Kit Kebersihan dan juga Kit Ready To Eat.
Sebanyak 4 buah bilik operasi banjir telah bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Selangor.
Bot untuk membantu operasi menyelamat juga untuk edaran barang sumbangan sekiranya banjir berlalu juga sudah bersedia.
 
Orang ramai diminta untuk sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.
 
Mari bersama kami, kita sediakan bantuan kecemasan banjir melalui capaian ini
 
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
 
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
 
Semoga dengan persediaan awal ini, jumlah kemalangan jiwa jadi tiada dan operasi menyelamat berjalan lancar.
Insya-Allah.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia