TERIMA KASIH TUAN DUTA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
20 May, 2024
Terima kasih kepada Dato’ Mohd Zamruni Khalid selaku Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan yang sudi menerima kehadiran Muslim Care Malaysia (MCM) dan Dato' Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Penasihat MCM ke kediaman beliau.
Alhamdulillah, perjumpaan yang sangat bernilai dalam usaha MCM menjalinkan kerjasama khususnya untuk hasrat membina sebuah pusat Islam yang dapat memberi kemudahan pengunjung beragama Islam menunaikan solat termasuk juga mendapatkan makanan halal.
Turut dibincangkan ialah berkaitan latihan industri kepada pelajar Malaysia melalui rakan kerjasama Petronas di Geoje termasuk juga beberapa latihan intensif pengurusan jenazah bagi membantu pihak kedutaan mengurus jenazah khususnya yang melibatkan rakyat Malaysia.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.