TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 July, 2023
Muslim Care Malaysia (MCM) terus menjadi "posmen" kepada rakyat Malaysia apabila terbinanya sebuah kompleks pendidikan Islam “Daarul Itqan Acedemy” di Odeyale, Oloo, Ibadan, Nigeria dengan kos pembinaan memakan belanja hampir RM1 juta.
Kompleks yang tersergam indah itu menjadi kebanggaan umat Islam setempat dan telah mendidik hampir lebih 400 pelajar.
Pendidikan Islam di kawasan itu berdepan dengan ancaman akidah kerana banyak sekolah yang dibina di situ berteraskan agama selain daripada Islam.
Dengan penuh rasa bertanggungjawab, Ustaz Dr Ibrahim Aminullah mengambil tanggungjawab menubuhkan Daarul Itqan Academy bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak orang Islam di kawasan tersebut.
Biarpun beroperasi dengan dana yang sangat terbatas, Alhamdulillah guru-guru yang bertanggungjawab seramai hampir 50 orang berkerja dengan penuh dedikasi sekalipun menerima gaji yang sangat rendah.
“Terima kasih rakyat Malaysia semoga Allah kurniakan ganjaran terbaik," kata Dr Ustaz Ibrahim yang juga Mudir madrasah sambil menahan sebaik.
Inilah perjuangan mereka dalam memastikan akidah anak2 mereka terjaga dan terdidik dengan Islam sebagai cara hidup.
Ayuh bersama-sama MCM membantu saudara kita di Nigeria ini memberi pendidikan yang terbaik bagi melahirkan barisan pemimpin pelapis untuk mentadbir negara dengan jalan yang direhai Allah.
Ingat Sedekah Jariah
Ingat Muslim Care Malaysia
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia