“TERIMA KASIH MUSLIM CARE MALAYSIA” - MB PERLIS
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 May, 2023
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care Malaysia (MCM) kerana memilih negeri itu untuk program Kasih Asnaf dan Jamuan Rakyat yang diadakan di kediaman beliau di Sungai Padang, Kangar pada 20 Mei 2023.
"MCM sememangnya banyak membantu golongan asnaf dan bantuan kepada asnaf di Perlis ini bertepatan pada masanya. Semoga ia memberi keberkatan buat semua penerima," katanya.
Di majlis itu, MCM menyumbangkan 300 pek makanan kepada golongan asnaf dan 40 kerusi roda untuk diagihkan ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) di Perlis dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Sumbangan 40 kerusi roda itu diterima Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ghazali Chik.
Selain itu, hampir 1,000 pengunjung Jamuan Rakyat yang diadakan bersempena sambutan Aidilfitri itu, dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti gulai dan singgang daging, kuetiau dan lain-lain.
Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata, sejumlah RM70,000 diperuntukkan untuk keseluruhan program yang dan ia adalah hasil sumbangan orang ramai.
Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga Allah SWT membalas sumbangan anda dengan sebaik-baik ganjaran,” katanya.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat Pada Sasaran, Tepat Pada Masanya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve