TERIMA KASIH DAUN KELADI, ENAM BULAN BERIBU BAKTI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 July, 2023

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih didedikasikan buat semua barisan Exco, tenaga kerja, Heroes, semua penyumbang, Badan Korporat yang mempercayai Muslim Care Malaysia (MCM) serta semua pihak atas sokongan dan dukungan yang diberikan sehingga kita dapat menjayakan pelbagai program dan menyampaikan bantuan kemanusiaan sepanjang 6 bulan ini.

Sebanyak RM 2,528,717 sumbangan telah berjaya dikumpulkan dan dimanfaat kepada 19,289 orang penerima di dalam negara melalui projek Home2Live, Pendidikan dan Dakwah, Kebajikan dan Kesihatan, Pembangunan Awam, Bencana serta Water2Survive.

Sumbangan dan bantuan kepada saudara kita di luar negara turut diusahakan. Sebanyak RM1,580,729 jumlah sumbangan telah diagihkan untuk manfaat 24,742 orang penerima. Bantuan kepada luar negara adalah bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana, anak-anak yang memerlukan Pendidikan dan dakwah serta bantuan berbentuk kebajikan dan kesihatan.

Kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil penglibatan serta jasa bakti daripada kalian semua. Insya-Allah, benih yang kita semai hari ini diusahakan agar generasi akan datang dapat menikmati buahnya. Moga kerja buat kita ini akan dikira sebagai amal dan diganjarkan pahala oleh Allah SWT.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran

Tepat pada waktunya


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia