"TERIMA KASIH BERI KAMI MAKANAN" (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 November, 2023

"Terima kasih kepada Muslim Care kerana menyediakan makanan. Kami tiada makanan. Kami lapar! Kami benar-benar lapar!" luah salah seorang warga Gaza yang berlindung di sebuah sekolah yang masih selamat.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْم النَّصِيْرُ

Walaupun gencatan senjata sudah bermula, namun semuanya sudah hancur. Sekolah, hospital, rumah kediaman dan masjid. Tiada yang selamat lagi untuk didiami.

Krisis kebuluran dan penyakit berleluasa. Mampukah semua ini diatasi dalam masa 4 hari gencatan sahaja?

Semoga ada persetujuan seterusnya untuk hentikan perang ini.

Amin.

Kepada yang berhajat untuk menyumbang kepada mereka di Palestin bolehlah berbuat demikian melalui capaian ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan akan membantu ramai mereka di Gaza sana.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia