TERENGGANU FC DAN PEMINAT BERGABUNG BERI SUMBANGAN UNTUK PALESTIN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2025
Terengganu FC menjadi pasukan bola sepak tempatan pertama menyumbang kepada rakyat Palestin melalui tabung Bahu Untuk Gaza, Muslim Care Malaysia.
Serahan cek replika sumbangan RM5,000 itu berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebelum perlawanan Liga Super antara skuad tuan rumah menentang Kuching FC pada 5 Disember 2025.
Serahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu FC, Mohd Syahrizan Mohd Zain kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail. Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah MCM, Tuan Asri Tuan Hussein.
Syahrizan berkata, wang sumbangan itu adalah hasil daripada sebahagian jualan tiket membabitkan perlawanan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Jadi, wang ini sebenarnya sumbangan bersama membabitkan peminat dan Terengganu FC sebagai tanda keprihatinan kami kepada rakyat Palestin,” katanya.
Semoga usaha murni Terengganu FC ini menjadi contoh dan dorongan kepada pasukan bola sepak lain agar nasib rakyat Palestin terbela.
Muslim Care Malaysia, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan. Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran