TEDUHAN KASIH HOME2LIVE

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 November, 2022
Salah seorang penerima rumah Home2Live di Besut Terengganu mengucapkan seribu kesyukuran setelah kini mempunyai kediaman yang selesa untuk didiami.

Tuan Mohd Johari Ismail, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah menziarahi rumah beliau baru-baru ini bagi melihat sendiri perkembangan proses pembinaan rumah tersebut.
 
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,
"Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah."
(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)
 
Ketika menguraikan hadis ini, Sheikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan rumah seperti kubur itu adalah rumah-rumah yang sunyi dari zikrullah dan bacaan Al-Quran. Semoga rumah-rumah kita tergolong dalam rumah yang selalu hidup dengan zikrullah dan bacaan Al Quran.
Insya-Allah.
 
Terima kasih kepada semua yang prihatin dan bermurah hati dan selalu menyumbang melalui Muslim Care Malaysia Society.
Hanya Allah sahaja yang selayaknya membalas budi dan jariah kalian.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia