"TEDUH KASIH" LAGU TEMA KASIH ASNAF (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 July, 2024

Episod pertama pogram televisyen "Kasih Asnaf Saji Bersama Muslim Care Malaysia " mula bersiaran di saluran Astro Oasis pada Khamis, 4 Julai lalu, jam 7.30 malam.

Rancangan mingguan selama 10 episod itu akan disiarkan pada waktu dan hari yang sama setiap minggu dengan paparan pelbagai aktiviti kebajikan yang dijayakan oleh FGV bersama Muslim Care Malaysia di 10 lokasi di seluruh negara.

Menambah istimewa "Kasih Asnaf Saji Bersama Muslim Care Malaysia" ialah lagu dan klip video berjudul teduh kasih yang dinyanyikan bersama oleh kumpulan UNIC dan juara Akademi Fantasia Musim Kelima, Mila Jirin.

Lagu berdurasi 4 minit itu digubah oleh Syah Inteam manakala lirik pula hasil nukilan Ahmad Fedtri Yahya. Orang ramai boleh mengikuti lagu itu di laman sosial rasmi Saji dan Muslim Care Malaysia.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia