'TALIAN HAYAT' ANAK YATIM SYRIA PERLUKAN SUMBANGAN ANDA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 January, 2023
"Kami ingin terus tinggal di sini dan tak mahu kembali ke kem pelarian. Semoga rakyat Malaysia boleh tolong kami."
Itu antara rayuan penghuni rumah anak yatim Dar al-Ata' di Waheed al-Rasheed Amman, Jordan yang diwujudkan khusus untuk membantu pelarian Syria.
Itu antara rayuan penghuni rumah anak yatim Dar al-Ata' di Waheed al-Rasheed Amman, Jordan yang diwujudkan khusus untuk membantu pelarian Syria.
Pusat kebajikan itu antara yang diberi bantuan oleh Muslim Care Malaysia (MCM) dalam misi Bantuan Musim Sejuk di Jordan dan Lebanon (30 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023).
Istimewanya Dar al-Ata', ia dihuni anak yatim bersama ibu masing-masing selepas ayah mereka syahid di medan perang atau dipenjarakan, tanpa diketahui masih hidup atau sudah mati.
Mudirnya, Puan Nada Barbood berkata, seramai 90 orang tinggal di situ membabitkan ibu tunggal bersama anak masing-masing berusia lapan hingga belasan tahun.
Mudirnya, Puan Nada Barbood berkata, seramai 90 orang tinggal di situ membabitkan ibu tunggal bersama anak masing-masing berusia lapan hingga belasan tahun.
Pihaknya memerlukan kira-kira RM15,000 sebulan untuk membayar sewa dan menampung kos operasi.
"Jika kami tidak mampu membayar sewa serta menanggung kos operasi, Dar al-Ata' mungkin terpaksa ditutup dan nasib penghuninya menjadi tidak menentu," katanya.
Ibarat 'talian hayat' kepada penghuninya, Dar al-Ata' menyediakan pelbagai aktiviti termasuk kelas membaca dan menghafal al-Quran, kelas komputer dan tuisyen, sukan serta seni mempertahankan diri untuk anak yatim.
Untuk ibu mereka pula, diadakan kelas jahitan untuk mengasah kemahiran supaya mereka boleh berdikari.
Untuk ibu mereka pula, diadakan kelas jahitan untuk mengasah kemahiran supaya mereka boleh berdikari.
Salurkan sumbangan anda untuk membantu mereka melalui:
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan dibalas dengan seribu kebaikan buat saudara sekalian.
Amiinn.
Amiinn.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve