“TAK SEMPURNA ISLAM KITA, JIKA TAK CAKNA PALESTIN” - UAI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2026

“Islam mengajar kita supaya cakna dan menolong saudara Islam kita yang dalam dalam kesusahan. Jadi, jika kita tak bantu orang Palestin yang kini menderita setiap hari dibom oleh Israel, bermakna kita bukan dalam golongan orang Islam.”

Demikian penegasan oleh pendakwah popular kesayangan ramai Ustaz Azhar Idrus (UAI) ketika menjadi ahli panel forum bertajuk “Mencari Syurga di Palestin” sempena perhimpunan solidariti ‘Drive For Gaza.’

Perhimpinan ‘Drive For Gaza’ yang dianjurkan bersama oleh kelab pacuan empat roda, DVAC bersama Muslim Care Malaysia (MCM) berlangsung pada 31 Januari 2026 di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Ia menghimpunkan lebih 100 kenderaan pacuan empat roda (4x4) dengan hampir 500 individu sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Selain perarakan konvoi lebih 100 kenderaan sejauh lebih 20 kilometer mengelilingi bandar Kuala Terengganu pada sebelah pagi, berlangsung pula acara forum pada petang dan malam.

Forum kemuncak menampilkan UAI sebagai ahli panel bersama Pengarah Projek Drive For Gaza, Khairul Badri Abdul Basit manakala Ustaz Kamuruzaman atau Ustaz Kay bertindak sebagai moderator.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia