TABUNG SOLIDARITI PALESTIN “SAMTTAJ BERSAMA PALESTIN”

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 April, 2025

Muslim Care Malaysia (MCM) terharu mendapat panggilan daripada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) yang mahu menyumbang kepada Tabung Solidariti Palestin.

Ketibaan Presiden MCM, Tuan Hj Zulkifli Wahijan ke perkarangan sekolah disambut baik dan diiringi memasuki dewan utama sekolah pada 21 April 2025.

Presiden MCM turut berucap dan menyampaikan perkembangan terkini di Palestin . Tiada lagi jalan menuju ke Palestin yang dibuka sejak awal April 2025 menyebabkan bantuan baharu sudah tidak dapat disampaikan.

Bertambah buruk lagi, serangan demi serangan terus dilakukan menyebabkan keadaan di Palestin saat ini adalah situasi yang paling sukar dan menakutkan jika mahu digambarkan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SAMTTAJ yang telah berjaya mengumpul dan menyerahkan sumbangan Solidariti Palestin sebanyak RM5,000.

Walaupun sukar, walaupun hampir mustahil. MCM nekad akan terus berusaha membantu saudara kita di Palestin.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia