SYARIKAT AIR TERENGGANU SUMBANG RM10K UNTUK GAZA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 November, 2025
Muslim Care Malaysia Society (MCM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Mohammad Noor bin Mohd Jamil, Pengurus Besar Kanan Perancangan, Pembangunan, Aset & Teknologi, Syarikat Air Terengganu (SATU) atas serahan cek sumbangan RM10,000 bagi kempen Bahu Untuk Gaza.
Majlis serahan yang berlangsung pada hari ini, 17 November 2025 di Ibu Pejabat SATU, Kuala Terengganu telah disempurnakan dalam suasana penuh mesra. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Haji Arman Mustafa, mewakili Exco Muslim Care Malaysia.
Sumbangan ini bukan sahaja menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Gaza, tetapi turut mengukuhkan usaha MCM dalam menyalurkan bantuan yang sangat diperlukan.
Terima kasih SATU atas keprihatinan dan sokongan berterusan.
Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.