SURAU NUR AD-DIN SK TAMAN MEDAN SEDIA DIIMARAHKAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 June, 2024

Setiap kali hujan pasti berlaku kebocoran hingga basah lantai surau. Bahkan banyak siling yang sudah rosak dan runtuh. Ini sangat membahayakan keselamatan pelajar sekolah Sek Keb Taman Medan yang menggunakan ruang surau semasa kelas KAFA dan solat berjemaah.

Alhamdulillah, berkat jariah orang ramai terutamanya melalui Muslim Care Malaysia, dana berjaya dikumpul dan keadaan surau menjadi sangat baik dan selasa untuk kegunaan pelajar-pelajar.

Tidak perlu lagi risau akan sebarang kebocoran. Malah, lebih ramai pelajar dapat dikuatkan dalam satu-satu masa.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman dan beriman. Insya-Allah selagi mana surau ini sentiasa diimarahkan dan dimanfaatkan sepenuhnya, saham pahala akan terus mengalir berpanjangan buat semua penderma budiman.

Semoga Allah permudahkan urusan Tuan Puan semua dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia