
SURAU IBNU MUQAFFA DAPAT NAFAS BAHARU
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025
Muslim Care Malaysia (MCM) telah menyampaikan serahan mock cheque sebanyak RM60,000 kepada SK Sungai Tua Bharu, Batu Caves, Selangor pada pagi 27 Ogos 2025 bagi pembinaan semula Surau Ibnu Muqaffa. Serahan disempurnakan oleh Presiden MCM, Tn Hj Zulkifli Wahijan.
Dalam majlis ini, beliau turut menyampaikan ceramah khas Gaza kepada warga sekolah, memberi kesedaran tentang apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di sana. Pada masa yang sama, dilancarkan juga kutipan khas untuk Gaza yang akan berlangsung selama dua minggu.
Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang budiman MCM yang telah menjayakan misi kali ini. Mudah-mudahan ada pahala jariah yang sampai kepada semua setiap kali surau ini digunakan insya-Allah.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Tepat pada masa, tepat pada sasaran.
Ingat sedekah jariah, ingat Muslim Care Malaysia.