SUMBANGAN WAKAF KARPET MASJID DI LIMA, PERU

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
30 March, 2023
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga” (HR. Ibnu Majah).
Justeru, manfaatkanlah Ramadan penuh keberkatan ini bersama-sama Muslim Care Malaysia (MCM) untuk tajaan wakaf karpet Masjid Nurul Islam di Lima, Peru dengan sasaran RM30,000.
Masjid Nurul Islam baru saja dibuka pada 28 Mac lalu dan masih banyak kekurangan. Ia satu-satunya masjid di Lima dan di situlah segala aktiviti berkaitan Islam diadakan.
“Daripada 35 juta keseluruhan penduduk Peru, cuma ada 2,000 orang Islam. Menjadi tanggungjawab kita, untuk umat Islam di Malaysia, membantu menyuburkan syiar Islam di Peru,” kata Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan.
Beliau bersama Naib Presiden MCM, Muhd Khidir Izaidin dan Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar berada di Peru dalam program ziarah dan dakwah ke Mexico, Brazil dan Peru dari 17 hingga 30 Mac 2023.
Selain mengadakan perbincangan dengan imam, Sheikh Ahmad berasal dari Mesir, MCM turut menyumbang pek makanan dan menaja iftar di Masjid Nurul Islam yang dihadiri kira-kira 100 orang.
Hulurkan sumbangan anda melalui akaun Maybank 564490413882 (Rujukan: Karpet Masjid Peru) dan hantarkan slip sumbangan ke talian hotline MCM: 011-5005 0035.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia