SUMBANGAN UNTUK ATLET SK POGOH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 August, 2024

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bahang sukan Olimpik yang menyaksikan barisan atlet negara ternyata bukanlah satu perjuangan yang singkat. Semua latihan dan kerja keras bermula dari bangku sekolah.

Muslim Care Malaysia sangat meraikan usaha guru-guru SK Pogoh yang sentiasa mencari jalan dan cara untuk menaikkan semangat pelajar mereka yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan.

Dalam keterbatasan dana dan peralatan, anak-anak SK Pogoh gembira apabila Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Cik Zuriati dan Cik Suryana hadir pada 3 Ogos 2024 membawa keperluan sukan seperti yang diharapkan.

Besar harapan kami untuk melihat lebih ramai generasi muda mampu menjadi atlet ternama mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti.

Teruskan usaha dan latihan yang insentif. Semoga hasilnya setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa bermurah hati bersama-sama MCM menyumbang kepada yang memerlukan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia