SUMBANGAN TUNAI BUAT GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
30 April, 2026

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Muslim Care Malaysia (MCM) Palestine telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada beberapa keluarga yang tinggal di khemah sekitar Khan Younis.

Setiap keluarga menerima sekitar 100 shekel, sebagai tanda kasih dan keprihatinan daripada rakyat Malaysia.

Walaupun kecil nilainya, namun besar maknanya buat mereka yang serba kekurangan, moga ia mampu mengukir sedikit senyuman dan meringankan beban saudara kita di sana.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Ops Ihsan dan AAKRP atas kerjasama berterusan dalam pelbagai misi kemanusiaan bersama MCM.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Teruskan menyokong, kerana mereka tidak pernah berhenti berharap. 



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia