SUMBANGAN NASI HIMPIT MENJELANG AIDILADHA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 July, 2023
Terharu kami melihat wajah gembira penerima sumbangan set keperluan asas sempena Aidiladha baru-baru ini. Sebanyak 200 set keperluan asas persediaan Aidiladha telah diserahkan kepada asnaf dan mualaf di Sungai Buloh dan Kepong.
"Akak seronok dapat sumbangan ni. Dapatlah buat sendiri nanti. Semua boleh merasa," luah salah seorang penerima.
Keadaan ekonomi yang semakin meruncing membuatkan ramai yang tidak mampu membeli bahan-bahan untuk memasak juadah istimewa. Mahu menempah pula, tidak dapat dalam jumlah yang banyak.
Sumbangan berupa daging sejuk beku, nasi himpit dan rempah ini pastinya akan memeriahkan sambutan Aidiladha mereka nanti. Alhamdulillah.
"Semoga melimpah ruah lagi rezeki buat Muslim Care." Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan untuk flat kami ini."
Tidak putus-putus ucapan terima kasih dan doa disampaikan.
Kami panjangkan doa-doa ini kepada para penyumbang yang selalu bersama dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan dibalas dengan seribu kebaikan buat Tuan /Puan sekalian.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia