SUMBANGAN MESIN PENAPIS AIR KEPADA MADRASAH RIADHUSOLIHIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2026

Alhamdulillah, keprihatinan berterusan demi keselesaan anak-anak madrasah terus dizahirkan apabila Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Mohd Johari Ismail, telah menyempurnakan penyerahan sumbangan penapis air kepada Madrasah Riadhusolihin di Kampung Belantik, Mukim Sok, Kedah, pada 26 Julai 2026.

Sumbangan berupa unit penyedia air bersih ini telah diterima dengan penuh kesyukuran oleh Mudir Madrasah, Ustaz Abu Bakar bin Ab Razak, bagi kegunaan para pelajar dan warga institusi pengajian berkenaan.

Pihak kepimpinan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan serta penyumbang budiman yang terus mempercayai saluran MCM dalam berkongsi rezeki. Semoga segala urusan kebajikan di madrasah ini sentiasa dipermudahkan, di samping menjadi amal jariah serta saham akhirat yang kekal mengalir manfaat buat kita semua di sana kelak.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat pada sasaran, Tepat pada waktu

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia