SUMBANGAN MCM UNTUK RUMAH ANAK YATIM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 February, 2024

Alhamdulillah. Dana Jumaat yang kita lancarkan beberapa minggu lepas telah berjaya mengumpul sebanyak RM110, 089 khas untuk pembinaan rumah anak yatim Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia.

"Terima kasih kepada Muslim Care yang telah membantu mendapatkan sejumlah dana untuk kita bina rumah yang lebih baik buat anak-anak yatim ini." ucap Puan Natipah Abu, Pangasas Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia. Beliau yang juga salah seorang duta Muslim Care Malaysia (MCM) sangat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan.

Buat masa sekarang, anak-anak ini tinggal di sebuah rumah yang disewa oleh pertubuhan ini. Namun, atas beberapa faktor, mereka perlu keluar dari rumah itu dan mencari kediaman yang lain.

Rezeki anak-anak ini, ada seorang dermawan telah menginfaqkan tanah untuk dibina kediaman yang lebih selesa dan kekal buat anak-anak ini. Namun kekangan kewangan membuatkan proses pembinaan sedikit tergendala.

Hasil jariah Tuan Puan semua melalui MCM diharapkan akan dapat membantu proses pembinaan rumah untuk anak-anak bertuah ini.

Setiap jariah yang telah disumbangkan itu Insya-Allah akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua selagi mana rumah ini terus memberi teduhan kepada anak-anak yatim di sini.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia