SUMBANGAN MCM KEPADA KELUARGA JURUGAMBAR NSTP

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 June, 2024

"Terasa sangatlah kehilangan arwah ni.. Dulu arwah yang uruskan anak-anak sejak sepenuh masa berkebun. Sekarang ni saya nak kena susun masa semula untuk kerja dan anak-anak," kongsi isteri arwah Ahmad Irham, bekas Jurugambar NSTP yang meninggal dunia pada pagi 5 Jun 2024.

Arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.

Pemergian arwah sangat menyentuh hati keluarga dan kawan-kawan kerana semasa hayatnya arwah seorang yang sangat mengambil berat tentang kawan-kawannya.

Arwah meninggalkan seorang balu, kak Azlimi dan dua orang anak lelaki.

Urusan pergi dan pulang isteri dan anak-anak ke tempat kerja serta sekolah juga diuruskan arwah. Kini, isterinya perlu menyusun masa dan kembali memandu sendiri dalam menguruskan urusan harian.

Jelas terpancar riak sedih dan rindu di wajahnya isterinya. Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga Insya-Allah.

Muslim CARE MALAYSIA (MCM) diwakili saudari Suryana, Exco MCM

telah menyantuni keluarga arwah dan menyampaikan saguhati buat mereka sekeluarga.

Diharapkan bantuan yang diberikan dapat menggembirakn sedikit hati yang sedang berduka.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia