SUMBANGAN KOMPUTER RIBA MENYUNTK HARAPAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 July, 2026
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia Society berpeluang menyampaikan sumbangan sebuah laptop kepada Adik Syakira bagi membantu kelancaran pengajiannya dalam bidang Sumber Manusia (Human Resources).
Terpancar kegembiraan di wajahnya saat menerima laptop tersebut. Sebelum ini, Adik Syakira hanya menggunakan tablet untuk menyiapkan tugasan dan terpaksa meminjam laptop rakan apabila diperlukan. Walaupun serba kekurangan, beliau tetap membuktikan kecemerlangannya dengan memperoleh CGPA 4.00.
Lebih menyentuh hati apabila melihat kegembiraan kedua ibu bapanya. Berkali-kali mereka mengucapkan terima kasih dengan penuh rasa syukur. Momen itu mengingatkan kita bahawa sebuah sumbangan yang mungkin kecil bagi sesetengah pihak, mampu membawa kebahagiaan yang besar kepada sebuah keluarga.
Dalam kesempatan itu, Haji Johari turut berpesan agar Adik Syakira terus belajar bersungguh-sungguh, mengejar cita-cita dan apabila berjaya nanti, jangan sesekali melupakan jasa serta pengorbanan ibu dan ayah yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaannya. Mohd Johari Ismail
“Dan katakanlah: ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.’”
(Surah Taha: 114)
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu, berbakti kepada ibu bapa dan memberi manfaat kepada masyarakat.