SUMBANGAN KATIL UNTUK PESAKIT DI TUNJANG, KEDAH
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 August, 2026
Ahli Lembaga Pengarah Muslim Care Malaysia (MCM), Ustaz Muaz Hassan telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa katil kepada seorang pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang serius di Kg Lubok Tunjang Kedah pada 24 Ogos 2026.
Serahan katil diterima oleh ibu kepada Mohd Fazizul Md Hanafi yang kini masih berada dalam rawatan dam pemantauan pihak hospital. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga pesakit.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia. Bantuan kemanusiaan merentasi sempadan. Tepat pada masa tepat pada sasaran.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve