SUMBANGAN KATIL UNTUK BUDAK DERITA SAKIT BELAKANG
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 August, 2024
Hati ayah mana yang tidak luluh melihat anak kesayangan terpaksa merengek menahan kesakitan.
Di usia baru 12 tahun, adik Syafira Qistina diuji dengan sakit tulang belakang yang menyebabkan pergerakannya jadi terbatas.
Ayahnya, En Ahmad Sabudin telah memohon bantuan katil pesakit untuk kegunaan anaknya yang bakal keluar dari hospital dalam masa beberapa hari.
Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Ustaz Muaz Hasan, Exco Pendidikan MCM telah turun ke Chuping, Perlis pada 3 Ogos 2024 untuk menziarahi keluarga ini dan menghantar sendiri bantuan yang diperlukan.
Wakaf katil hasil jariah Tuan Puan semua kini akan berbakti kepada adik ini buat masa ini.
Semoga dengan rehat yang cukup dan rawatan yang betul, ada sinar dan harapan untuk adik Sharifa Qistina kembali sihat Insya-Allah.
Sumbangan wakaf perubatan masih boleh dilakukan dengan menderma melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-peralatan...
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.