
SUMBANGAN ANDA KINI MENJADI PUSAT ISLAM DI UK (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 May, 2025
Impian yang didoakan, kini jadi nyata. Dengan sumbangan anda, sebuah bangunan di Leicester kini rasmi diluluskan untuk menjadi Pusat Islam. Jazakumullahu khair!
Alhamdulillah, permohonan pelan pembangunan telah rasmi diluluskan oleh Leicester City Council. Bangunan bekas pub ini akan ditukar menjadi Pusat Islam, insya-Allah menjadi mercu tanda Islam dan pusat komuniti Muslim di kawasan tersebut.
Beberapa perkara penting untuk makluman anda:
Bangunan sudah dimiliki sepenuhnya oleh komuniti dengan sokongan sumbangan anda.
Kelulusan pelan pembangunan telah diperoleh pada minggu ini.
Pusat ini akan menyediakan ruang ibadah, pendidikan dan aktiviti sosial untuk masyarakat Islam tempatan.
Kerja pengubahsuaian akan bermula mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang Muslim Care Malaysia (MCM). Sesungguhnya, setiap sen sumbangan anda menjadi saham akhirat, membina rumah Allah di bumi Barat.
Semoga Allah menerima amalan kita semua, melimpahkan keberkatan, dan mengurniakan ganjaran berlipat ganda di dunia dan akhirat.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjuangan dakwah ini.
Bersama, kita membina ummah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.