SUARA KECIL UNTUK DERITA BESAR
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 October, 2025
Perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, UTeM Melaka dipenuhi dengan mahasiswa, keluarga, anak muda, dan warga setempat yang hadir bersama satu tujuan: menyatakan solidariti buat rakyat Palestin pada 28 Oktober 20
Di bawah cahaya lembut masjid, suara takbir dan doa bergema, menyatu dalam keinsafan. Walau suara kami kecil, namun malam ini ia menjadi gema besar untuk bumi Gaza yang terus diuji.
Ceramah disampaikan oleh Tuan Asri, peserta Global Sumud Flotilla, yang pernah menyertai misi kemanusiaan merentas lautan menuju Gaza. Kisah beliau tentang keberanian, ketabahan dan semangat juang rakyat Palestin membuatkan ramai hadirin menitiskan air mata.
Sambutan amat meriah dengan pelbagai aktiviti turut diadakan, gerai jualan amal, kutipan sumbangan, serta booth jualan produk tempatan yang turut menyumbang hasilnya untuk tabung bantuan Gaza.
Malam ini bukan sekadar himpunan, tetapi sebuah tanda cinta dan doa, bahawa umat Islam di Malaysia masih bersama saudara di bumi perjuangan.
Selagi Gaza berdiri, selagi itu kita tidak akan berhenti bersuara.