SOLIDARITI NGO MALAYSIA UNTUK PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 May, 2023
Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia termasuk Muslim Care Malaysia (MCM) bersolidariti menyatakan sokongan kepada Palestin dengan menyerahkan memorandum kepada dua pihak di Putrajaya pada 15 Mei 2023.
Memorandum pertama diserahkan kepada pejabat Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) yang diterima wakilnya Karima El Korri.
Memorandum itu antara lain menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersikap adil dengan mengambil tindakan terhadap Israel yang menjajah Palestin, sebagaimana dilakukan terhadap Russia yang menyerang Ukraine.
Memorandum kedua pula diserahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di pejabat beliau di Wisma Putra.
Antara kandungan memorandum itu ialah meminta kerajaan Malaysia bersikap dan lebih dominan dalam menyatakan bantahan terhadap Israel terutama dalam siri serangan terbaru terhadap Palestin yang berlaku minggu lalu dan setakat ini mengorbankan 33 orang.
Selain MCM, NGO lain yang terbabit dalam penyerahan memorandum itu ialah MAPIM, BDS Malaysia, MyCare, My Aqsa Defenders, Malaysian Women Coalition For Al Quds, MAHAR, PIKOM, Sejagat dan PKPIM.
 
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia