SOLIDARITI DEMI PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2023

Melihat video dan gambar yang saban hari mengguris hati kecil insani membuatkan ramai yang jadi sebak bila memikirkan perihal Pa Les Tin.

Usaha Muslim Care Malaysia (MCM) untuk membantu rakyat Pa Les Tin tidak akan pernah kendur bahkan akan terus berganda-ganda.

Usaha MCM membantu saudara kita di Pa Les Tin turut disertai pelbagai agensi dan latar belakang individu termasuklah Puan Diana Amir, Bonda Khadijah, Puan Rafidah Ibrahim, Puan Natipah Abu, Ustazah Dr Norhafizah Musa, Ustaz Dr Azahar Yaakub, Ustaz Syed Kadir, Prof Dr. Mohd Mizan Aslam, Datuk Nazim Johan @ toqqi, Ustaz Nazmi Karim dan Prof Madya Dr Amiruraasyid.

Mereka semuanya terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu agamawan, aktivitis dan golongan akedemik.

Kami turut mengalu-alukan lebih ramai kerjasama untuk bersolidariti untuk Palestin.

Insya-Allah, Pa Les Tin akan menang.

Mudah-mudahan kebersamaan kita dalam usaha ini akan dinilai sebagai jihad.

Amin.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia