SISWA-SISWI MENGIKAT PERUT DEMI ILMU

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 August, 2023

Mi seger, biskut kering dan roti bagaikan makanan ruji anak muda yang sedang berjuang di medan ilmu. Peritnya hidup andai memilih untuk terus belajar menyebabkan kini semakin ramai memilih untuk terus bekerja dan melupakan impian belajar tinggi di menara gading.

Sampai bila kita hanya mahu berpeluk tubuh melihat seorang demi seorang anak muda memilih untuk tidak sambung belajar hanya kerana kekangan kewangan?

Yang kental mahu sambung belajar pula terpaksa mengikat perut setiap hari sambil menghitung baki wang yang masih ada.

Muslim Care Malaysia (MCM) memandang ini sebagai suatu perkara yang sangat kritikal dan perlu dibantu. Tuan Hj Zulkifli Wahijan, Presiden MCM berkata: "Mengikut kemampuan Muslim Care Malaysia, kita akan cuba membantu mereka yang tidak mendapat bantuan zakat atau mana-mana organisasi lain."

Antara bentuk bantuan yang kita akan salurkan ialah bantuan peranti dan pendidikan. Program Bakti Siswa turut ditawarkan dengan harapan siswa-siswi ini akan lebih berpijak di bumi nyata dan berjiwa besar membantu lebih ramai insan di luar sana.

Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.

Marilah kita terus kuat berpaut sesama kita dan berganding bahu membantu anak-anak muda harapan negara dan agama untuk terus berjaya dengan menyumbang kepada mereka melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-untukmu...

Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang Tuan/Puan jariahkan, memberikan berkat atas apa yang masih ada di tangan Tuan/Puan dan menjadikannya sebagai pembersih bagi Tuan/Puan. Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya





© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia