
SIAP SEDIA MENANTI AKSES KE GAZA DIBUKA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 July, 2025
Sleeping bag, tilam dan makanan kering antara bantuan yang sudah kami sediakan. Semuanya dah tersedia di gudang rakan strategik kami di Cairo, Mesir.
Kami tak tunggu isyarat baru nak mula.Muslim Care Malaysia (MCM) sudah bersedia untuk hantar lebih banyak bantuan.
Walaupun Gaza masih terkepung, bantuan demi bantuan masih kami usahakan berjalan sentiasa seperti bekalan air bersih.
Namun, mereka sebenarnya memerlukan lebih banyak bantuan dan keperluan dari luar. Apa yang ada di dalam Gaza kini tidak mampu menampung keperluan lebih dua juta rakyat Gaza termasuk kanak-kanak yang kini tidur beralaskan simen.
Hospital lumpuh. Bekalan makanan dan air semakin berkurangan. Mereka tidak tahu esok masih hidup atau tidak.
Misi "Bahu Untuk Gaza" oleh MCM kini cuma tunggu satu sahaja iaitu laluan dibuka. Sebaik sahaja jalan dibuka, bantuan akan terus dihantar tanpa lengah.
Ayuh jadi sebahagian daripada harapan mereka.
“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji.”
(Surah Al-Baqarah: 261)
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-bahu-untuk...
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktu.
Tepat Pada Sasaran.