SETITIS AIR, SELAUT HARAPAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 April, 2025

Dalam keributan, kepungan dan kekurangan, saudara kita di Palestin tetap bertahan mempertahankan bumi suci Al-Quds.

Sejak Syawal hadir, keadaan di Gaza kian hari kian menakutkan. Serangan demi serangan hanya mewujudkan trauma dan ancaman.

Bagaikan mustahil untuk boleh melakukan apa-apa lagi di sana.

Namun, melihat kepada kesungguhan Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin, Ahmed Abu Ayesh masih berusaha memanfaatkan setiap sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza benar-benar mengharukan kami.

Berkat sumbangan orang ramai, kita berjaya mengagihkan bekalan air bersih kepada penduduk Gaza pada 20 April 2025.

Bukan mudah, tetapi kami sangat yakin kepada janji Allah yang tertulis di dalam Al-Quran yang bermaksud ;

“Barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan seluruh manusia.”

(Surah Al-Ma'idah, ayat 32)

Setiap titisan air bersih yang sampai ke tangan mereka adalah bukti kasih dan ingatan kita, tanda rakyat Malaysia tidak pernah lupakan Gaza.

Kita mungkin jauh dari bumi al-Quds, tetapi doa dan usaha kita tetap sampai ke sana, menyusuri jalan berdebu, menyentuh jiwa yang dahaga.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia teruskan perjuangan ini kerana selama mereka perlukan kita, kita tak akan berpaling.

Dari timur ke senggara,

Palestin pasti MERDEKA!



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia