SESI PEMBELAJARAN DISELANGI LETUPAN BOM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 September, 2026

Satu aktiviti agihan telah dilaksanakan di Masjid Cinta Mati Syahid, Gaza hasil tajaan Hajah Moona Nazyf Alra'ee, seorang dermawan Syria yang kini menetap di United Kingdom.

Program yang berlangsung pada 22 September 2026 ini melibatkan agihan naskhah al-Quran, alat tulis persekolahan serta makanan ringan kepada kanak-kanak di Gaza, hasil sumbangan sebanyak AS$1,000 (sekitar RM4,075).

Semoga Allah SWT memberkati Hajah Moona Nazyf Alra'ee atas kasih dan keprihatinan beliau terhadap rakyat Palestin serta menerima sumbangan ini sebagai amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih kerana terus bersama Muslim Care Malaysia dalam menyantuni saudara-saudara kita di Gaza.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia