SERAHAN BAG2SCHOOL KEPADA 14 RAKAN STRATEGIK NGO

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 December, 2025

Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Serahan Sumbangan Bag2School 2026 kepada 14 buah pertubuhan dari seluruh Malaysia, bertempat di Muslim Care Society Centre, Batu Caves pada 24 Disember 2025.

Buat julung kalinya, Muslim Care Malaysia Society (MCM) turut menganjurkan Sesi Taklimat Potensi Kerjasama Strategik bersama pertubuhan penerima sumbangan bagi membuka ruang kolaborasi program kemanusiaan dan pembangunan komuniti secara lebih tersusun dan mampan.

Antara fokus taklimat:

- Menjemput rakan-rakan NGO untuk berkolaborasi program bersama MCM

- Kerjasama kutipan dana kemanusiaan Palestin dan penyaluran melalui MCM

- Perancangan program lestari dalam komuniti

- Pelaksanaan program pembangunan modal insan

Pertubuhan yang terlibat dalam sesi ini ialah Kelab Sahabat Prihatin Kuantan, Shah Alam Sejahtera, Prihatin PD, Nisa’ WP, Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Darul Ehsan, Smile Care, Skuad Cg Mala, KOMTAQ, Melaka Prihatin, Kuala Ketil Care, Selayang Care, Perkawanis Selayang dan Belia Proaktif.

Majlis turut disempurnakan dengan gimik serahan sumbangan oleh Haji Zulkifli Wahijan, selaku Presiden MCM, serta disertai oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah MCM sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap usaha kerjasama strategik ini.

Semoga jaringan kerjasama ini terus diperkukuh demi memperluas manfaat kepada masyarakat, khususnya anak-anak yang memerlukan, ke arah masa depan yang lebih berdaya harap dan berkat.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasarannya

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia