SEPINGGAN UNTUK IFTAR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 April, 2023
Seramai 1200 penduduk setempat di sekitar Kuala Kedah telah menerima juadah iftar yang telah Tuan/Puan amanahkan kepada kami untuk sampaikan.Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Subhanallah! Besar ganjarannya buat Tuan / Puan yang telah bersama-sama menyumbang untuk program kali ini.
Ditambah pula dengan keadaan semasa di kebanyakkan rumah penerima sedang mengalami masalah gangguan air, kehadiran iftar ini sangatlah melegakan hati mereka.
Turut bersama-sama Muslim Care Malaysia (MCM) dalam program kali ini ialah Penyelaras DUN serta heroes MCM.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran, tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia