SEPINGGAN NASI, SEKUNTUM SENYUMAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 January, 2024

Terharu rasa hati melihat senyuman di wajah anak-anak Gaza sebaik sahaja pinggan, talam dan periuk mereka penuh berisi nasi yang pasukan Muslim Care Malaysia-Palestin sediakan.

Semuanya ialah hasil jariah Tuan Puan yang baik hati dan penyayang.

Allahuakbar.

Sungguh besar budi dan jasa Tuan Puan kepada anak-anak Gaza ini.

Perjuangan membebaskan Palestin masih panjang. Tidak sedikit pun ia jadi semakin mudah, bahkan semakin sukar dan menakutkan. Namun, semangat juang mereka terus memuncak bagaikan tidak berkudis sedikit pun dengan apa yang telah terjadi.

Marilah kita bersatu hati dan istiqamah menderma untuk anak-anak Gaza ini melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...

Insya-Allah, semoga setiap jariah yang disumbangkan akan dinilai Allah sebagai pahala jihad bagaikan Tuan Puan sendiri turun berjuang di medan Gaza sana.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia