SENYUMAN TERIMA KASIH KUATKAN LANGKAH KASIH ASNAF

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 August, 2024

Setiap penerima sumbangan Kasih Asnaf akan menerima kit makanan yang dipenuhi dengan barang dapur seperti bihun kering, biskut, kicap, gula, tepung dan sekampit beras.

Seramai 150 buah keluarga asnaf di Pinang Tunggal, Negeri Sembilan telah menerima sumbangan kit makanan pada hari Ahad, 4 Ogos 2024.

Sumbanhan telah disampaikan oleh Cik Zuriati, Exco Muslim Care Malaysia (MCM) dalam satu majlis bersama komuniti yang dianjurkan rakan kerjasama, NGO Ummi Prihatin Negeri Sembilan.

Tersenyum bahagia masing-masing yang menerima sumbangan pada hari tersebut. Lebih banyak sumbangan akan disampaikan kepada yang memerlukan melalui misi Kasih Asnaf.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia