
SENYUM DI LUAR, LUKA DI DALAM
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2025
Alhamdulillah, Dewan Seminar Masjid Permatang Janggus menerima kehadiran lebih 30 peserta, kebanyakannya dari kalangan jemaah masjid sendiri dalam Seminar Menangani Depresi dari Sudut Psikologi & Islam pada 10 Ogos 2025.
Dr. Zarina Mokthar , Consultant Child & Adolescent Psychiatrist dari Ireland berkongsi panduan memahami depresi dari sudut sains dan cara membantu diri serta keluarga. Turut diadakan slot Imam Muda Ar Razzi yang menyentuh hati dengan tazkirah kekeluargaan, mengingatkan bahawa ujian emosi adalah sebahagian daripada takdir Allah, dan kita tidak pernah dibiarkan sendirian.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah Ash-Syarh: 6)
Ada yang hadir kerana ingin memahami, ada yang pernah melaluinya sendiri, dan ada juga yang mahu menjadi pendengar serta penyokong buat insan tersayang.
Moga perkongsian dari seminar anjuran kerjasama Muslim Care Malaysia (MCM) dan NISA' Permatang Pauh menjadi asbab penguat hati dan pengubat jiwa, kerana dalam luka, masih ada harapan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.