SEMOGA USAHA KECIL INI DILIHAT ALLAH SWT

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 April, 2025

Ribuan warga kota berarak dan berhimpun berhampiran kedutaan Amerika Syarikat dan British sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan kebencian kepada Israel selepas solat Jumaat pada 11 April 2025.

Muslim Care Malaysia (MCM) turut tidak ketinggalan menyertainya dengan diwakili Timbalan Presiden, Mohd Johari Ismail dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein.

Suara bantahan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian ini mungkin tidak dihiraukan rejim Zionis Israel laknatullah dan sekutunya, namun yakinlah semua ini tidak sia-sia.

Mudah-mudahan Allah SWT melihat usaha kecil ini, sekali gus mampu menjadi bekalan di akhirat nanti sebagai tanda kami semua prihatin terhadap kesengsaraan saudara kami di Palestin.

Jangan biarkan saudara kita di Palestin bersendirian dalam menghadapi ujian yang maha berat ini. Hulurkan sumbangan untuk mereka melalui:


https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kasih...


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Sasaran, Tepat Pada Waktunya.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia