SEMOGA KEMBALI BERHUBUNG DENGAN ABU AYESH (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 December, 2023

Seawal hari ke-4 sehinggalah hari ke-60 perang di Gaza, alhamdulillah berkat jariah Tuan Puan sekalian kita rakyat Malaysia berjaya membantu petugas Muslim Care Malaysia-Palestin menyediakan makanan panas, alat bersihkan badan, makanan segera dan apa sahaja yang terdaya untuk kegunaan rakyat Palestin.

Namun cuaca di pejabat Muslim Care Malaysia menjadi murung seketika apabila Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin, saudara Ahmed Abu Ayesh memaklumkan tengah hari tadi mungkin mesej terakhir dari beliau.

Beliau perlu keluar dari hospital dan menuju ke mana sahaja yang dirasakan selamat . Walau hakikatnya tiada satu tempat pun di bumi Gaza selamat untuk didiami.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْم النَّصِيْرُ

Hanya kepada Allah kami berserah. Semoga beliau dan seluruh rakyat Gaza kekal selamat dan akhirnya menang Insya-Allah. Tiada yang mustahil apabila Allah berkehendak.

Amin.

Mohon doa daripada semua untuk keselamatan dan kemenangan rakyat Palestin. Teruskan berdoa, bermunajat dan berqunut Nazilah tanpa henti khusus buat rakyat Gaza.

Insya-Allah, Israel akan kalah dan kemenangan untuk Islam.

Amin.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia